hey hey hey...waduhhh..lama btol blog aku ni xterusik..biasalah, sibuk berkhidmat tuk tanah air..ceh apa lah sgt tanah air, bkn g perang pon, tp sja2 p seksa badan kt KL sana..org g KL tuk njoy, tp aku g sana mcm dok dlm penjara lak...mana tak nya, hari2 aku tgk KLCC, dkat ja rasa (mmg dkat pon, naik teksi rm5 ja), tp jauh plak rs bila terkenangkan bila la boleh outing ni nk g KLCC. almaklumla, bz aja dok sana..hmm..
but neway, for starting, aku xnk taip byk2 sgt, biar aku share apa yg aku mula2 tgk kat bloggers pertama aku randomly buka..iaitu, tentang 12 perkara yg perlu diambil berat oleh seorang wanita..mari kita share.........
1- Bulu Kening :
Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari
2- Kaki (Tumit Kaki) :
"Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur : 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.
3- Wangian :
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .
4- Dada :
"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)
5- Gigi :
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
6- Muka dan leher :
Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.
7- Muka dan tangan :
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
8- Tangan :
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
9- Mata :
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)
10- Mulut(suara) :
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)
11- Kemaluan :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31). apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).
12- Pakaian :
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ).
haaa...ni lah bnda2nya..aku ni dlm proses blajar,so bnda2 gini elok aku post dlm ni supaya aku sndri baca n ingt..mana tau berguna tuk bakal bini aku ka..klu dia dh tau tu elok la, memantapkan imlu la org kata kan..xpa, ulang2 bnda yg sama, as a reminder..biasalah, manusia mudah lupa kan..nama pon manusia, asal usul perkataan tu sinonim dgn maksud manusia tu sndri..apa aku ckap ni..haha..k lah..dh lewat..sok kja lak..c ya..